Followers

Tuesday, June 7, 2016

Terdampar hampir sepurnama

Masih ada orang yang baca blog ini lagi kah?

Tetiba hati terdetik menjengah halaman ni

Terasa usang sudah lamanya..

Banyak memori telah terjalin,termeterai dan semakin bertambah dan mencanak keluar berderai-derai.

Aku tak tahu apa yang perlu dicoretkan disini.

Lagak seperti telah lama tidak berbicara kosong.

Yang pasti terlalu banyak masa diluangkan bersama puteri-puteri comel yang semakin jelita.

Oh! Aku bahagia!

dan tersangat bahagia. :)

bersama suami tercinta 

dan

Elviana Marissa & Evania Melissa




Read More......

Tuesday, February 10, 2015

38minggu aka Nervous!


Mama dah 38minggu...
cuak..nervous..gabra...
Jangan bilang semua perasaan ado...
Harapan semoga semuanya dipermudahkan.

Persiapan?
semua dah disediakan. tinggal tunggu baby je kuar.
Moga-moga semuanya berjalan dengan lancar.
Yeayyy!!.
Evy nak jadi kakak! hik8~

Read More......

Friday, January 2, 2015

Bila Anak Dara Kami sudah setahun.

Test accessories yg pinky semuanya..
Pejam celik anak kami sudah setahun. Macam tak percaya je Evy mama sudah besar. Masih terasa waktu mengandungkan dia dan bagaimana bersalinkan Evy tau!! hihihi.. Semoga Evy jadi anak yang solehah, yang boleh membahgiakan mak ayah, membanggakan kami, panjang umur dan murah rezeki. Semoga jadi anak yang mendengar kata dan sentiasa mendapat rahmat dariNYA.













Read More......

Thursday, December 18, 2014

Warded @ 29weeks coz of Asthma Attack!

abaikan muke sememeh~~!!
First time kene warded mengandung kali ini. Semua disebabkan asthma attack yg datang secara tetibe. Ku ingatkan kalau semput tu perkara normal. Rupa-rupanya waktu mengandung sangat2 bahaya kalau ibu rasa sesak nafas atau asthma menyerang. Yep! aku memang ada asthma tapi minor asthma yang tak memerlukan pakai inhaler & solution cuma bagi minum air panas menggelegak je terus ok. Tapi kali ni 2malam aku xleh tdo dalam keadaan baring confirm aku akan sesak nafas sampai xleh bernafas. Nak cakap pun x fully sentences dan agak macam tercungap-cungap. Baby pun xbergerak langsung. Aku p klinik je amek neb. Peranjat jugak bila doktor ckp oxygen aku cuma 30% je & possibility baby xdapat cukup oxygen sebab tu dia x gerak. Lepas amek neb alhamdulillah aku dh leh bernafas sikit & baby pun mula gerak2 pelan . Tapi episod berulang lagi malam tu dan keesokannya aku susah nak bernafas. Nasib waktu tu ada dekat KKIA buat checkup. Lepas selesai semua rawatan doktor bagi refer letter suruh pergi PPUM untuk rawatan lebih lanjut sebab aku ckp aku nak direct p PPUM sebab dah booking bersalin kat situ.
Tanpa buang masa aku antar myvi kat umah dulu & hubby terus hantar ke PPUM. Ingatkan leceh ke procedurnya dan lambat rawatannya. Rupa-rupanya aku kene terus ditempatkan kat PAC untuk rawatan susulan selama 1jam dan lepas tu doktor terus tolak aku ke labour room. Memang panik dan hubby pun panik sebab tak sangka keadaan kritikal macam ni. Kitorang still leh melawak dan muka blur2 je. Kesian kat hubby laa bila dah masuk labour room memang xde connection langsung. 24jam diobserve dalam labour room untuk pantau keadaan baby. Baby xgerak, oxygen xcukup, ibu sesak nafas yang teruk dan doktor bagi masa 24jam utk tgk condition baby & ibu dulu. kalo masih oxygen xsampai alamtnya memang kene bedah perut selamatkan baby. Cuak gak aku masa tu....rasa nak mati pun ado sebab susah nak bernafas. Tapi paling berkesan kat hati adalah rindu pada evy. Rasa nak cepat2 sembuh dan balik peluk evy puas2. hahhahah. kalo tengok gambar evy bawah ni pun seakan-akan dia rindukan mama dia je. 
Selalu evy tunggu mama masak sambil main2 kat pagar. bila mam xde dia tdo depan pagar mengharap mama kuar dari dapo. alahaiii anak!
Tapi alhamdulillah selepas 24jam dipantau dengan gilanya condition aku semakin stable dan petang hari ke2 dah ditolak dalam wad antenatal untuk rawatan lanjut. kira terlepas laa saat kritikal tapi still lagi pakai neb setiap 2jam untuk bagi condition baby stable. Pendek kata seminggu jugak laa dalam warded. Rindu kat evy yang paling terseksa dijiwa. hihihih~~

Overal dalam keadaan kecemasan ni ada laa jugak berita gembiranya. Kalau sebelum ini aku risau akan uri terletak dibawah. akhirnya dengan rasa berbangganya uri dah bergerak naik ketas dengan begitu bagusnya. Dalam kepala aku duk pikio baby tolong tolak uri keatas kot sebab tu dia semput dan penat! Kih8~~

Read More......